myspace backgrounds
Myspace Backgrounds
-->

Rabu, 14 Disember 2011

ALAT BANTU MENGAJAR

Assalamualaikum.......

Di sini saya tunjukkan beberapa Alat Bantu Mengajar (ABM) yang saya gunakan semasa dalam
P &P.





Manik Pembilang


Alat pembilang ini saya buat dengan menggunakan jejari basikal dan manik-manik. Jejari basikal saya beli dari kedai basikal dengan harga 40sen sebatang. Manik-maniknya ada isikan 10-10 dan 20-20 iaitu bergantung dengan tajuk pengajaran.


Alat yang kedua ialah Kayu Pembilang. Kayu pembilang ini merupakan batang aiskrim yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna. Ia dapat menarik minat murid untuk mengira. Alat ini juga digunakan untuk membantu murid yang lemah dalam operasi tambah dan tolak. 



Kayu Pembilang

Kayu Pembilang





Alat ketiga ialah Kad Imbasan. Kad imbasan ini saya buat sendiri menggunakan kertas warna kemudian saya laminate agar lebih tahan lama. 

Kad Imbasan



Alat yang keempat ialah Kad Nombor. Kad nombor ini saya gunakan buku-buku lama. Saya gunting dan kemudian laminate. Ia sangat berguna semasa di dalam kelas terutama untuk membantu murid-murid Linus. 
Kad Nombor

Kad Nombor


Alat yang kelima ialah Kit Pecahan. Kit ini dibeli menggunakan wang panitia. Kit ini dapat menunjukkan dengan jelas peahan yang hendak ditunjukkan kepada murid-murid.
 
Kit Pecahan


Alat yang keenam ialah Kit Wang. Untuk tajuk wang. Kit ini bersaiz besar dan sangat serupa dengan wang yang sebenar. Ia memudahkan saya untuk memberi penerangan kepada murid. Murid-murid juga tertarik untuk belajar. Di dalam kit ini terdapat cop untuk semua nilai wang di Malaysia. Selain itu, ia juga disertakan dengan duit kertas biasa untuk digunakan semasa aktivi di dalam kelas.
Wang Syiling

Wang Kertas

Saya harap bahan-bahan yang saya tunjukkan dapat memberi inspirasi kepada kawan-kawan lain. Ada banyak lagi ABM yang saya gunakan. Maklumlah mengajar di Tahun 1 banyak memerlukan ABM untuk menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, ABM juga boleh membantu murid-murid kita cepat faham dan mudah mengingat.

Selasa, 11 Oktober 2011

Aktiviti yang padat.......

Apa khabar? Minggu ni saya berkursus selama seminggu. Kursus KSSR Pendidikan Moral Tahun 2. Cadangan asal untuk update blog minggu ni nampaknya terpaksa di tunda dahulu. Insyyaalah kalau diberi kesempatan saya akan update Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang saya gunakan semasa P&P.

Ok la.....selamat meneruskan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi. Untuk pelajar-pelajar UPSI bahagian Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau jangan lupa menghadiri kuliah hujung minggu ni k.......Insyaallah kita jumpa di MRSM Tawau.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum & salam berkenalan.......


Saya merupakan guru matematik Tahun 1. Orang kata mengajar Tahun 1 ni senang je. Tapi hakikatnya mengajar di Tahun 1 banyak cabarannya. Mula-mula saya diberi kepercayaa untuk mengajar Tahun 1 saya menjadi STRESS sebab takut tidak dapat mencurahkan ilmu dengan baik. Tapi alhamdulillah setelah masuk 2 tahun mengajar Tahun 1 saya sudah mempunyai rentak sendiri bagaimana untuk mengajar murid-murid Tahun 1. Ibarat kata pepatah melayu "alah bisa, tegal biasa"....hehehehe......betul ke perumpamaan saya 2......

Dalam blog ni saya akan tunjukkan bahan-bahan dan cerita P&P saya untuk tatapan kawan-kawan semua.......Sekiranya ada yang perlu penambahbaikkan sudilah kira memberi teguran k.....

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan........